Latar Belakang
Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan pemberian insentif perumahan kepada rakyat melalui Skim Pinjaman Perumahan kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit).
Menguruskan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah siap dibina seluruh Malaysia dan menyelaras perkara-perkara berkaitan bersama pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa negeri.
Fungsi/Peranan
Menyelaras proses pengurusan PPR yang telah disiapkan sama ada PPR yang diuruskan oleh KPKT atau diserahkan kepada SUK Perumahan Negeri yang ditetapkan sama ada PPR yang diletakkan di bawah konsep PPR Disewa, PPR Dimiliki/Dijual atau PPR Sewa-Untuk-Milik (RTO).
Memantau dan menyelaras Data Pengisian PPR dengan kerjasama semua SUK Perumahan / Lembaga Perumahan Negeri.
Menyelaras rekod perakaunan akruan bagi aset tanah dan liabiliti PPR.
Mengurus dan menyelia proses kutipan hasil sewaan dan jualan PPR di bawah KPKT.
Melantik agen pengurusan PPR seliaan KPKT bagi hal ehwal serahan milikan kosong, kutipan sewaan dan apa-apa perkara berkaitan.
Menyelia dan memproses permohonan PPR di bawah tanggungjawab KPKT melalui Sistem Permohonan Perumahan Negara (SPRN).
Menyelia dan mengurus proses pengisian peserta-peserta PPR yang ditawarkan unit rumah.
Membantu dan memudahcara apa-apa aktiviti/program berkaitan komuniti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak di PPR seliaan KPKT.
Menyediakan laporan penyenggaraan, anggaran kos, senarai kuantiti dan dokumen tender/sebut harga bagi tujuan perolehan kerja.
Mengurus pelaporan, pendaftaran, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusan aset tak alih.
Mengawal selia Pengendali Aset (Pasukan Fasiliti Premis / Kontraktor Fasiliti).
Membuat perancangan pelaksanaan dan menguruskan perolehan bagi kontrak pengurusan fasiliti melalui agensi teknikal kerajaan untuk projek-projek di bawah Program PPR, KPKT.
Menguruskan perolehan (melantik dan menyelia) kontrak kawalan keselamatan bagi bangunan Program PPR yang telah disiapkan di bawah kontrak pembinaan sebelum diserahkan kepada SUK Negeri untuk diuruskan atau yang diuruskan sendiri oleh Kerajaan.
Menyelenggara dan mengurus fasiliti/bangunan PPR berstrata.
Menyelaras penyerahan kemudahan awam di PPR bagi skim lot individu (landed scheme) kepada PBT.
Memantau dan menyelaras apa-apa kerosakan pada bangunan dalam tempoh DLP.
Mengemaskini Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (MySpata) dan Urusetia Mesyuarat JKPAK (Fasiliti).
Menguruskan pentadbiran kontrak bagi kontrak kerja pengurusan fasiliti di bawah Program PPR yang diterima daripada Kementerian termasuk pembayaran interim, lanjutan masa, arahan perubahan kerja, tempoh tanggungan kecacatan sehingga ke penutupan akaun.
Hubungi Kami
Pengarah / Ketua Unit :
Pengarah
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 03-88914411
Fax: 03-88914024
E-mel: spp[at]kpkt[dot]gov[dot]my
Kemaskini pada 2023-10-05 09:02:04 daripada Administrator