Latar Belakang
Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau pengurusan perolehan dan bajet Bahagian.
Merancang, merangka dan menanalisis bagi penambahbaikan sistem aplikasi sedia ada.
Memberi khidmat nasihat dan memperakui sokongan teknikal yang diperlukan oleh warga Jabatan Perumahan Negara (JPN).
Mengurus dan menyelaras perlaksanaan projek ICT mengikut keperluan stakeholders.
Merancang dan merangka pengurusan keurusetiaan berkaitan dasar, peraturan dan mesyuarat berkaitan ICT di JPN.
Fungsi/Peranan
Mengenalpasti potensi kegunaan teknologi maklumat dan menggalakkan penerapan teknologi maklumat terkini yang bersesuaian untuk Jabatan Perumahan Negara.
Membantu pihak pengurusan Jabatan Perumahan Negara melaksanakan teknologi maklumat bersistematik dengan kos yang berpatutan.
Membangun dan melaksanakan sistem-sistem berkomputer untuk Jabatan Perumahan Negara.
Merancang dan mengurus projek-projek pengkomputeran yang diluluskan oleh pengurusan.
Mewujud dan menggalakkan penggunaan piawaian teknologi maklumat di JPN.
Membantu pihak pengurusan JPN melaksanakan dasar, peraturan dan piawaian berhubung dengan teknologi maklumat yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Hubungi Kami
Pengarah:
Bahagian Teknologi Maklumat
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 38, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel : 03-88914461
Fax : 03-88914088
E-mel: ict_jpn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
Kemaskini pada 2023-10-09 08:10:04 daripada Administrator