Latar Belakang
Bahagian bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan dan perolehan yang cemerlang yang bertunjangkan integriti dan akauntabiliti melalui perancangan belanjawan dan perolehan yang inklusif.
Fungsi/Peranan
- Merancang dan menyelaras peruntukan mengurus Jabatan.
- Menguruskan terimaan dan bayaran Jabatan.
- Menguruskan emolumen Jabatan.
- Melaksana dan memantau proses perolehan jabatan.
- Menguruskan Akaun Deposit Jabatan.
- Urus Setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).
- Urus setia bagi audit dan naziran berkaitan kewangan dan akaun.
- Memantau perekodan maklumat berkaitan perakaunan akruan.
- Menyelaras dan menyediakan laporan kewangan JPN.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan hal kewangan berpandukan pekeliling dan peraturan kewangan.
Hubungi Kami
Pengarah
Bahagian Kewangan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 32, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 03-88914202
Fax: 03-88914215
E-mel: kewangan_jpn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
Kemaskini pada 2023-10-11 07:49:50 daripada Administrator