Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum balas
peta lamanPeta Laman
 
peta lamanAlat Kebolehcapaian
 

Bahagian Penyelenggaraan Perumahan

Latar Belakang

Bahagian Penyelenggaraan Perumahan (BPP) berperanan untuk menyediakan persekitaran kediaman yang selesa dan berkualiti kepada penghuni perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah awam serta swasta. Bahagian ini menyediakan peruntukan bagi membantu pihak badan pengurusan (JMB/ MC) membaik pulih dan menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah awam serta swasta.

Bahagian ini merangkumi dua (2) unit utama iaitu:

    i.  Program Penyelengaraan Perumahan (PPP) yang menyelaras baik pulih/ penyelenggaraan perumahan strata kos rendah awam; dan


    ii. Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) yang menyelaras baik pulih/ penyelenggaraan perumahan kos rendah dan sederhana rendah swasta.

Fungsi/Peranan

Bahagian ini melaksanakan peranan seperti berikut

  1. Merancang dan menyelaras peruntukan pembangunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan sehingga mendapat kelulusan Pegawai Pengawal;

  2. Membuat semakan permohonan yang dikemukakan oleh Agensi Pelaksana untuk dipertimbangkan;

  3. Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Lembaga Perumahan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai agensi pelaksana;

  4. Memantau status pelaksanaan projek dari aspek fizikal dan kewangan;

  5. Membuat pelaporan status pelaksanaan fizikal dan perbelanjaan secara berkala;

  6. Membuat lawatan pemantauan ke tapak projek secara rawak/ terpilih bagi projek yang berstatus siap oleh agensi pelaksana; dan

  7. Menyelaras, merancang serta memantau pelaksanaan projek-projek peruntukan khas di bawah bidang kuasa Bahagian ini yang diumumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Hubungi Kami

Pengarah


Bahagian Penyelenggaraan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya

Tel : 03-88914402
Fax: 03-88914332

E-mel: BPPr_JPN[at]kpkt[dot]gov[dot]my



Kemaskini pada 2023-10-23 07:53:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page