Latar Belakang
Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah salah satu bahagian di Jabatan Perumahan Negara yang mengandungi cawangan-cawangan seperti berikut:
a. Cawangan Sumber Manusia
b. Cawangan Pentadbiran
Objektif
Mengurus dan menyelaras pentadbiran Jabatan Perumahan Negara secara sistematik berkaitan Pengurusan Sumber Manusia, Kualiti dan Produktiviti, Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Aset Jabatan dan Urusan Keselamatan serta Rekod.
Fungsi/Peranan
Cawangan Sumber Manusia
Menguruskan Sumber Manusia Jabatan Perumahan Negara bagi memastikan penggunaan sumber manusia digunakan secara optimum.Cawangan Pentadbiran
Menguruskan pentadbiran Am bagi mencapai kelancaran pentadbiran Jabatan Perumahan Negara.
Aktiviti
Menyelaras dan mengurus perkhidmatan kakitangan:
a. Urusan pengisian dan perkhidmatan semua jawatan
b. Menyelaras dan menguruskan rekod / data perkhidmatan semua kakitangan
c. Menguruskan persaraan wajib/persaraan pilihanMenggubal strategi, merancang, memantau dan menilai semula kajian organisasi, keperluan sumber manusia dan skim perkhidmatan di JPN selaras dengan perkembangan semasa.
Mengurus dan menyelaras program latihan bagi kakitangan.
Menyelaras urusan kenaikan pangkat dan penganugerahan darjah kebesaran.
Menyelaras urusan berkaitan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).
Menyelaras dan memantau urusan(SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
Menyelaras urusan personel seperti tanggung kerja, cuti, kenaikan pangkat dan sebagainya.
Menyelaras keselamatan dan aduan kerosakan pejabat.
Menyelaras kebersihan dan keceriaan pejabat.
Menyelia Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor Jabatan.
Menetap dan mengawal selia Kenderaan Jabatan dan pergerakan pemandu.
Meneliti urusan pendaftaran fail/dokumen Jabatan.
Pengurusetiaan mesyuarat berkaitan Pentadbiran Am.
Menguruskan hal-hal berkaitan kualiti seperti pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Hubungi Kami
Pengarah / Ketua Unit :
Pn. Haryati binti Yahya
(Ketua Penolong Pengarah)
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 37, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.
Tel : 603 - 8891 4442/ 4441
Fax : 603 - 8891 4482
E-mel : bkpjpn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
Kemaskini pada 2023-10-23 08:14:09 daripada Administrator