Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum balas
peta lamanPeta Laman
 
peta lamanAlat Kebolehcapaian
 

MAKLUMAT KORPORAT > PROFIL JABATAN > Perutusan Ketua Pengarah

 

PERUTUSAN KETUA PENGARAH       

 

Salam Sejahtera, 
                                        
Selamat Datang ke laman sesawang Jabatan Perumahan Negara (JPN)
 
JPN sentiasa komited dalam melaksana dan meyelaras pembangunan perumahan terutamanya Rumah Mampu Milik (RMM) kepada golongan sasar seiring dengan hasrat bagi memastikan pembangunan sektor perumahan yang berdaya huni dan teratur untuk dinikmati  oleh semua lapisan masyarakat.
 
Bagi merealisasikan hasrat ini juga, JPN telah melancarkan Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025 dan juga Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) yang merupakan satu dasar utama yang direncana bagi menangani isu dan cabaran industri perumahan masa kini disamping menggariskan hala tuju serta asas penting dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.
 
Justeru sebagai medium utama untuk hebahan dasar serta perancangan kerajaan, kewujudan laman sesawang ini, dilihat dapat menyediakan platform untuk JPN menyampaikan infomasi serta maklumat kepada masyarakat, khususnya mengenai hala tuju serta komitmen kerajaan dalam usaha untuk memantapkan lagi industri perumahan di negara ini.
 
Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan yang telah diberikan kepada JPN dan berharap kita akan sama-sama dapat mengecapi kejayaan dan menggengam impian dan harapan kerajaan dalam memacu pembangunan negara ke tahap sebagai sebuah negara maju yang memiliki kualiti kehidupan yang sejahtera dan sempurna.
 
Sekian, terima kasih
 
DATO' N. JAYASELAN 
Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara  

 

image


Kemaskini pada 2023-10-13 07:05:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page