Latar Belakang
Bahagian ini diwujudkan bagi memastikan:
Pemaju perumahan mematuhi Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-peraturan;
Memastikan kepentingan pembeli rumah terjamin melalui penguatkuasaan undang-undang dengan cekap dan berterusan;
Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama bermula dari peringkat penyerahan milikan kosong sehingga ke peringkat selepas Perbadanan Pengurusan ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata (Akta 757) dan Peraturan-peraturan
Memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkaitan penyenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata.
Fungsi/Peranan
Cawangan Pengurusan Strata
Unit Pembangunan Strata
Menyelaras Townhall melibatkan beberapa JMB/MC yang dilaksanakan dengan kerjasama COB PBT.
Memberikan khidmat nasihat melalui mediasi yang mempunyai pertikaian di luar mahupun dalam parameter Akta 757 bagi pihak-pihak yang bertelagah.
Mengurus setia Mesyuarat Penyelarasan COB di PBT.
Mengesyorkan program dan aktiviti bagi meningkatkan kesejahteraan penghuni strata.
Menghadiri mesyuarat – mesyuarat dalaman/luaran berkaitan Akta 757.
Menyelaras peruntukan seminar pengurusan strata di COB PBT.
Memberi taklimat kepada pihak pengurusan JMB/MC.
Menyelaras dan menyediakan Garis Panduan, Handbook, Risalah berkaitan Akta 757 dan FAQ
Menyelaras, merancang dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan sistem penyampaian Pesuruhjaya Bangunan dengan mengadakan lawatan kerja ke Unit COB, JPN di PBT secara berkala.
Menyelaras lawatan penanda aras berkaitan pengurusan strata (dalam dan luar negara).
Menyelaras aktiviti pameran melibatkan Pendidikan Pengurusan Strata.
Ahli pasukan Task Force.
Unit Teknikal Strata
Membantu COB PBT memberi khidmat nasihat teknikal berhubung dengan aduan yang dibuat oleh JMB/MC di peringkat COB PBT.
Membuat semakan susulan ke atas aduan-aduan teknikal yang tidak dapat diselesaikan di peringkat COB PBT dengan melaksanakan lawatan teknikal.
Membuat cadangan penyelesaian teknikal ke atas aduan-aduan yang berbangkit.
Menyelaras keperluan serta perkara-perkara berkaitan sistem e-COB
Menyediakan input bagi Garis Panduan, Handbook, Risalah berkaitan Akta 757 dan FAQ berkaitan teknikal strata.
Menyediakan laporan dan statistik berkaitan teknikal untuk tujuan adhoc / soalan dan jawapan parlimen.
Mengurus setia Mesyuarat Pemantauan Pengurusan Strata.Ahli pasukan Task Force.
Unit Task Force
Menyelaras aduan melibatkan Akta 757 dan Akta 118.
Memberi khidmat nasihat kepada pengadu yang walk in ke JPN berkaitan Akta 757.
Memberi pandangan atau maklum balas ke atas isu-isu yang berkaitan pelaksanaan Akta 757.
Menyelaras mesyuarat melibatkan Perbincangan Dalaman JPN, Mesyuarat antara Agensi (PBT / Kementerian/ Jabatan), Mesyuarat antara Agensi berkaitan utiliti (TNB, AIR, TELEKOMUNIKASI), Mesyuarat dengan wakil Pembeli, Mesyuarat dengan pemaju dan Mesyuarat Penyelarasan Utama (melibatkan semua pihak).
Melaksanakan lawatan tapak dan naziran (bilangan lawatan bergantung kepada keperluan).
Melaksanakan sesi perbincangan tindakan susulan bagi memastikan setiap keputusan yang dipersetujui dilaksanakan oleh semua pihak.
Menyelaras, menjawab dan merekod aduan melibatkan COB PBT.
Menyediakan kertas-kertas kajian melibatkan perkara-perkara di bawah Akta 757.
Menyelaras laporan, statistik untuk tujuan adhoc / soalan dan jawapan parlimen.
Unit Khidmat Nasihat Kewangan Strata
Memberi khidmat nasihat berhubung kewangan strata.
Membuat semakan dan lawatan kewangan strata.
Membantu COB PBT melaksanakan lawatan naziran kewangan.
Menyediakan cadangan penyelesaian kewangan ke atas perkara berbangkit.
Mengurus setia Mesyuarat Penyelarasan Kewangan Strata.
Memberi latihan kewangan berkaitan Akta 757 kepada COB PBT.
Menyediakan input bagi Garis Panduan, Handbook, Risalah berkaitan Akta 757 dan FAQ berkaitan kewangan strata.
Menyediakan maklum balas, laporan dan statistik berkaitan kewangan untuk tujuan adhoc / soalan dan jawapan parlimen.
Mengurus setia Mesyuarat Pemantauan Pengurusan Strata.
Ahli pasukan Task Force.
Cawangan Pemantauan
Membantu COB di PBT melaksanakan Risikan Jadual Petak (JP) /Pemantauan Pemaju / JMB / MC yang tidak mematuhi Akta 757.
Membantu dalam penyediaan Kertas Siasatan melibatkan Akta 757 dan Akta 118.
Menghadiri Jemputan Mesyuarat/ Ceramah/ Bengkel / Taklimat/ Seminar / OPS Berkaitan Akta 757 bersama Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Membantu dalam melaksanakan sesi rakaman percakapan di bawah Akta 118.
Mengikuti pasukan pemeriksaan premis pemaju perumahan.
Menyerahkan notis panggilan kepada pemaju yang enggan memberi Kerjasama di bawah Akta 118.
Cawangan Kompaun, Ingkar Award dan Siasatan
Unit Kompaun
Melaksanakan tindakan pengkompaunan kesalahan pemaju perumahan di bawah Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Pengkompaunan Kesalahan) 2002.
Mengurus setiakan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Kompaun (MJRK) secara bulanan.
Membuat semakan iklan berdasarkan Perkara 5(1A) dan Perkara 6 Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
Pasukan pemeriksaan premis pemaju perumahan.
Unit Ingkar Award
Menyediakan kertas siasatan bagi pengesyoran pendakwaan ke atas pemaju perumahan yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 16AD Akta 118 melibatkan kes Ingkar Award yang dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).
Menyediakan kertas siasatan bagi pengesyoran pendakwaan ke atas pemaju perumahan yang melakukan kesalahan di bawah Akta 118 melibatkan kes prima facie.
Menyediakan maklumat tambahan dan memberi penjelasan kepada PUU berkaitan kertas siasatan sekiranya perlu.
Mengesyorkan senarai hitam pemaju dan ahli lembaga pengarah yang berkenaan dalam HIMS dan senarai dalam kategori peringatan pengguna dalam laman sesawang KPKT.
Membuat verifikasi dan mengesyorkan pelepasan senarai hitam pemaju dan ahli lembaga pengarah yang berkenaan dalam HIMS dan senarai dalam kategori peringatan pengguna dalam laman sesawang KPKT.
Menyelaras kajian perundangan berkaitan sektor perumahan bagi tujuan penambah baikan Akta 118 dan Peraturan-Peraturan.
Pasukan pemeriksaan premis pemaju perumahan.
Ahli pasukan Task Force.
Unit Siasatan
Menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima daripada pembeli dan pemaju perumahan.
Menyediakan laporan siasatan sekiranya terdapat kes prima facie.
Membuat semakan iklan berdasarkan Perkara 8 Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
Melaksanakan pemeriksaan premis pemaju perumahan secara berkala iaitu (8 kali setahun) Menyediakan laporan pemeriksaan premis setelah siasatan/pemeriksaan selesai.
Ahli pasukan Task Force
Cawangan Aduan
Unit Aduan 1 (Zon 1)
Memberi khidmat nasihat perumahan dan menjawab pertanyaan dan aduan di bawah Akta 118 bagi Zon 1 (Zon Tengah: KL, Putrajaya; Zon Timur: Pahang, Terengganu, Kelantan; Zon Selatan: Johor; Zon Utara: Perak, Pulau Pinang) - memberi khidmat nasihat dan menjawab pertanyaan dan aduan dalam tempoh 7 hari bekerja (SOP Sistem Aduan Bersepadu (SAB)).
Ahli pasukan pemeriksaan premis pemaju perumahan.
Ahli pasukan Task Force.
Unit Aduan 2 (Zon 2)
Memberi khidmat nasihat perumahan dan menjawab pertanyaan dan aduan di bawah Akta 118 bagi Zon 2 (Zon Tengah: Selangor, Cyberjaya; Zon Utara: Kedah, Perlis; Zon Selatan: Negeri Sembilan, Melaka) - - memberi khidmat nasihat dan menjawab pertanyaan dan aduan dalam tempoh 7 hari bekerja (SOP Sistem Aduan Bersepadu (SAB)).
Menyelaras data aduan perumahan JPN.
Menyediakan laporan bulanan (Statistik Sistem DLP, Quick Facts, Piagam Pelanggan).
Ahli pasukan pemeriksaan premis pemaju perumahan.
Ahli pasukan Task Force.
Cawangan Pentadbiran
Menyelaras urusan Pentadbiran Bahagian melibatkan penyelarasan maklum balas dan input melibatkan Bahagian (cth: OACP, Piagam Pelanggan, OBB, JKPAK, JAR dan lain-lain), pengurusan ruang pejabat dan keselamatan Bahagian, permohonan Kereta Rasmi Jabatan kepada BKP, JPN, urusan sumber manusia di Bahagian (termasuk 17 COB Kader di PBT) dan menyelaras jadual penghantaran notis mengikut zon.
Menyelaras Pengurusan Rekod Bahagian melibatkan Penyediaan Klasifikasi Fail (KF) Urusan Am dan Fungsian bagi pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS2.0) serta penyediaan SKU dan Myportfolio Bahagian.
Menyelaras Pengurusan Aset dan Stor Bahagian iaitu memantau dan menyelaras Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan dengan pemantauan pihak BKP, JPN.
Menyelaras peruntukan Kewangan Bahagian melibatkan Nota Minta (P1) serta permohonan dalam sistem e-perolehan dan penyaluran peruntukan geran bagi pembayaran gaji staff sokongan COB di PBT.
Hubungi Kami
Pengarah / Ketua Unit :
Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan Strata
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 34 & 35, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.
Tel : 03 - 8891 4356
Fax: 03- 8891 4226
Email :bpps[at]kpkt[dot]gov[dot]my
Kemaskini pada 2023-10-23 07:50:13 daripada Administrator