Latar Belakang
TAKRIFAN
1. Projek terbengkalai adalah projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual Beli (PJB) dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama 6 bulan secara berterusan; atau
Kategori | Tempoh PJB | Status Kemajuan |
Terbengkalai | Dalam Tempoh | Kemajuan kerja terhenti bagi tempoh yang berterusan selama 6 bulan atau lebih |
Luar Tempoh | ||
Gagal menyiapkan projek dalam tempoh PJB |
2. Disahkan projek terbengkalai oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 11(1)(ca) Akta 118
SEBAB PUNCA BERLAKUNYA PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Di antaranya :
Pemaju gagal menguruskan perbelanjaan syarikat/projek dengan baik
Pemaju tidak membuat kajian Return of Investment (ROI) yang tepat
Fungsi/Peranan
Cawangan Penyelarasan & Pemulihan
Menyelaras hal ehwal pentadbiran dan operasi bahagian.
Mengurus setia mesyuarat – mesyuarat utama pemulihan projek perumahan terbengkalai, tanpa lesen dan bermasalah.
Menyediakan kertas, laporan dan pembentangan mengenai projek perumahan terbengkalai.
Pengeluaran Surat Pengesahan Projek Perumahan Terbengkalai.
Menyelaras maklumat di dalam Sistem HIMS.
Menyelaras urusan senarai hitam ahli Lembaga Pengarah dan syarikat pemajuan yang terlibat dengan projek terbengkalai, tanpa lesen dan bermasalah.
Menyelaras dan menjawab maklum balas.
Menyelaras program-program YBM dan KSU.
Menyelaras urusan pembatalan atau sokongan pembaharuan lesen pemajuan dan APDL bagi projek-projek terbengkalai.
Menyelaras urusan berkaitan tanah (am) yang melibatkan projek-projek terbengkalai, tanpa lesen dan bermasalah.
Mengumpul data dan maklumat teknikal bagi projek perumahan tanpa lesen dan bermasalah.
Mengawal selia dan pemantauan kemajuan proses pemulihan projek-projek perumahan tanpa lesen dan bermasalah.
Menyediakan laporan berkala status kemajuan projek perumahan tanpa lesen dan bermasalah berdasarkan status fizikal projek.
Menyediakan kertas siasatan dan penglibatan dalam urusan pendakwaan bagi projek-projek tanpa lesen dan bermasalah.
Cawangan Kewangan
Mengumpul maklumat kewangan dan pembeli bagi projek perumahan terbengkalai.
Menganalisa cadangan kos pemulihan daripada pemaju/ kontraktor penyelamat.
Menjalankan kajian dari sudut kewangan bagi projek-projek yang akan dipulihkan menggunakan peruntukan pembangunan (GDV).
Memantau laporan kewangan projek terbengkalai.
Menguruskan peruntukan pembangunan bagi pemulihan projek perumahan terbengkalai.
Mengurus dan memantau permohonan pengeluaran wang dan penutupan HDA bagi projek terbengkalai.
Menyelaraskan maklumat kewangan projek dalam sistem MyProjek.
Mengemaskini maklumat kewangan dalam HIMS.
Menyediakan profil kewangan.
Menyemak dan mengeluarkan surat sokongan “Skim Pemulihan Projek” selaras dengan Seksyen 8 Akta 118.
Memantau Memorandum of Transfer (MoT) dan penyerahan milikan kosong (VP) kepada pembeli.
Memantau isu kewangan dan pembeli bagi projek yang telah selesai.
Menyelaras urusan berkaitan tanah yang melibatkan pembeli dan bank.
Mengurus setia mesyuarat berkenaan isu kewangan dan pembeli bersama pihak bank pembiaya, pemaju, pelikuidasi dan pembeli.
Cawangan Teknikal
Mengumpul data dan maklumat teknikal bagi projek perumahan terbengkalai.
Menjalankan kajian awalan dari sudut teknikal bagi menentukan sesuatu projek berdaya maju atau sebaliknya untuk dipulihkan.
Mengawal selia dan pemantauan kemajuan proses pemulihan projek-projek perumahan terbengkalai.
Menyediakan laporan berkala status kemajuan projek perumahan terbengkalai berdasarkan laporan fizikal projek.
Penyediaan kertas cadangan pemulihan kepada jawatankuasa teknikal dan kewangan (JTK).
Menyediakan dokumen tender untuk dipelawa bagi projek-projek di bawah Dana Kerajaan kepada pemaju / kontraktor penyelamat yang telah lulusan Pra-Kelayakan.
Menyelaras dan menyediakan Dokumen Kontrak bagi pelantikan kontraktor penyelamat.
Menyediakan kertas kerja bagi arahan perubahan kerja (Variation Order, EOT, Provisional Sum) untuk dibawa ke Jawatankuasa Perubahan Kerja.
Menyediakan laporan GDC bagi tujuan pemulihan projek.
Penyelarasan maklumat kemajuan teknikal projek di sistem MyProjek.
Menyelaras urusan berkaitan tanah yang melibatkan komponen fizikal dan agensi teknikal.
Hubungi Kami
Pengarah
Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4242/4243
Fax : 603 - 8891 4228
Kemaskini pada 2023-10-23 08:12:16 daripada Administrator