Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum balas
peta lamanPeta Laman
 
peta lamanAlat Kebolehcapaian
 

Soalan Lazim Mengenai Program Perumahan Rakyat (PPR)

Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan Program Perumahan Rakyat (PPR)?

PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Soalan 2 : Apakah kategori PPR?

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.  

Soalan 3 : Berapakah kadar sewa PPR Disewa?

Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan. 

Soalan 4 : Apakah ciri-ciri PPR?

Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut: 


   i)  Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar 

 ii)  Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar
iii)  Keluasan - 700 kps
iv)  Binaan - 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur

Soalan 5 : Bagaimanakah cara untuk memohon PPR?

Permohonan PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara dalam talian melalui laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my atau melalui SUK Perumahan Negeri.

Soalan 6 : Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon PPR Disewa/Dimiliki?

Syarat-syarat seperti berikut: 


   i)  Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia 

 ii)  Berumur 18 tahun ke atas
iii)  Pendapatan kasar isi rumah RM3,000 sebulan
iv)  Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah



Kemaskini pada 2023-10-07 12:08:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page