DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)
Muat Turun Buku Dasar Perumahan Negara
Muat Turun Ringkasan Eksekutif Dasar Perumahan Negara
MATLAMAT DRN
Memandu arah dan memacu sektor perumahan negara dengan menekankan perancangan, pembangunan dan pengurusan perumahan yang sistematik dan cekap bagi menjana habitat yang mampan, berdaya huni, berkualiti dan inklusif yang mampu dimiliki oleh rakyat.
OBJEKTIF DRN
Objektif 1 : Menyediakan rangka kerja pembangunan sektor perumahan bagi membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menyediakan perumahan berdasarkan permintaan dan keperluan oleh setiap lapisan masyarakat;
Objektif 2 : Memperkukuhkan peranan sektor perumahan dalam pengurusan konurbasi bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan penyediaan habitat berdaya huni;
Objektif 3 : Memastikan peruntukan sosial sektor perumahan dinikmati oleh isi rumah yang berkelayakan;
Objektif 4 : Menggalakkan kepelbagaian akses isi rumah kepada perumahan menerusi pemilikan dan sewaan;
Objektif 5 : Menekankan penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti yang mampu dimiliki oleh rakyat.
FOKUS DAN STRATEGI DRN 2018 - 2025
FOKUS 1
MEMASTIKAN PERUMAHAN YANG BERKUALITI UNTUK SEMUA
Strategi 1.1 Membangunkan “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PBB) untuk meningkatkan mutu keseluruhan perumahan di negara ini.
Strategi 1.2 Mewujudkan program pembangunan semula untuk memudahkan rejuvenasi bangunan dalam memenuhi “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB)
Strategi 1.3 Menambah baik amalan penyelenggaraan bangunan untuk memastikan pematuhan kepada “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB)
Strategi 1.4 Memperhalusi peranan kerajaan dan mewujudkan kerangka institusi yang sesuai dalam penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti
Strategi 1.5 Menentukan keperluan dan kemahuan dalam meningkatkan penyediaan perumahan dan menetapkan sasaran program bantuan perumahan kerajaan
FOKUS 2
MENAMBAH BAIK AKSESIBILITI DAN TAHAP KEMAMPUAN MEMILIKI RUMAH
Strategi 2.1 Memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan ekosistem sokongan untuk meningkatkan penawaran dan produktiviti perumahan
Strategi 2.2 Menentukan ukuran kemampuan perumahan mengikut kawasan untuk menambah baik rangka kerja pemantauan dan penilaian (P&P) Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan
FOKUS 3
MEMASTIKAN KEJIRANAN YANG BERKUALITI DAN KOHESIF
Strategi 3.1 Menyediakan dan mengekalkan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti di kawasan kejiranan untuk menyokong kehidupan masyarakat
Strategi 3.2 Memperkasa peranan dan semangat masyarakat dalam mengukuhkan kualiti persekitaran kejiranan.
FOKUS 4
MENAMBAH BAIK KOORDINASI ANTARA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN UNTUK KUALITI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK
Strategi 4.1 Menyelaraskan proses perancangan perumahan dan sektor dalam rancangan wilayah, struktur, tempatan dan kawasan khas untuk meningkatkan kejelasan dan konsistensi visi serta meningkatkan keberkesanan penyertaan masyarakat
Strategi 4.2 Memperkukuh keupayaan Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan dalam memantau dan mengintegrasikan perumahan dan pengangkutan di peringkat analisis, perancangan dan pelaksanaan
FOKUS 5
MEMPERKUKUH KEUPAYAAN INSTITUSI UNTUK MELAKSANAKAN DRN (2018-2025)
Strategi 5.1 Memperkemas data dan menangani jurang data untuk memajukan penyelidikan perumahan negara
Strategi 5.2 Membina kapasiti penyelidikan dalaman untuk membentuk, memantau dan menilai dasar perumahan dan pelan tindakan
Strategi 5.3 Meningkatkan sumber serta memperkukuh undang-undang dan kapasiti teknikal untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan
Kemaskini pada 2023-10-23 03:45:23 daripada Administrator